alooha babes and dudes .

salam ;)

Friday, 9 April 2021

Part 2 - AKU, DIA dan SI R

 Sambungan....

03/03/2021 - ulangtahun kelahiran Si R yang ke 42 tahun. hari tersebut kedai cuti. Alasan suami nak urus pertukaran tukar nama kenderaan yang dibeli sebab owner lama dah thumbprint. Walaupun aku tahu berkenaan sejauh mana hubungan diorang (sang suami dan Si R) aku tak syak apa-apa lagi. Pagi 03/03/2021 ni suami memang ke JPJ Kuala Selangor (dekat dgn tempat aku keje) untuk uruskan hal kereta tu lah. Nak jadikan cerita, roadtax kereta sedia ada JPJ Officer tu mintak sebab suami bagi alasan nak beli insurans kat luar (padahal sebenarnya x cukup cash in hand). Sebab hari kejadian aku yang pakai kereta satria dia, dia pakai axia aku, dia pon datangla jumpa aku kat pejabat. Aku pelik jugak kenapa dia x nak bawak masuk kereta ke dalam kawasan IPD cam biasa, dia sanggup tinggal kereta kat luar, jalan masuk ke pejabat trafik. Rupanya, dia sorok surprise bouquet untuk Si R, dia bagi by hand kau. aku pun dapat surprise delivery dr suami, tapi tak direct dr dia, dr runner. :( Tapi untuk Si R, sanggup dia buat semua tu demi amek hati Si R.

Aku bukan x sayang dengan apa aku bina selama 10 tahun ni. Cuma pada aku, kalau aku bukan lagi yang suami aku inginkan, kenapa dia harus simpan aku sebagai isteri. Aku mohon diceraikan. Tapi tetap jawapannya, 'abg takkan lepaskan syg'. Berkali kali aku tanyakan 'apa abg nak sebenarnya'. Sang suami pilih untuk diam membisu. 

Modal niaga kedai yang diusahakan akhirnya 0. Cashflow memang tak bagus sejak PKP2.0, negatif manjang. Akhirnya sang suami bagitahu abah tak dapat nak teruskan perniagaan nasi bajet tu. Abah pun agreed. Yela, sapa yang suka penat lelah, tapi end up poket kosong kan. Nak pulak menantunya nak sara anak bini. 

Aku fikir bila dia dah let go kedai kepada penyewa baru, dia x kesana lagi. Dia akan slow slow lupakan Si R. Tapi sangkaan ku meleset. Sama sekali. Nak mudahkan cerita, 15/3/21 penyewa kedai start bertukar. So lepas date ni aku ingat aku akan pelan2 tak tahu lagi apa2 cerita baru pasal suami dan si R. Oh ya, sebelum kedai nasi bajet totally shut down, suami ada beberapa kali tak balik rumah. Alasan tido kat kedai (wallahu'alam). Pernah satu malam tu x balik, pagi dia singgah pasar pagi klang kat jalan Meru tu pakai kereta si R, singgah rumah ambil barang2 yang adik aku pesan (adik aku pon keje kedai yang sama, tolong yang bergaji la). Masa tu pun aku masih x fikir bukan-bukan sebab suami kata si R mintak tolong hantarkan kereta untuk servis. Yang menjadikan aku totally freak out nak mintak dilepaskan is when 5/3/2021, gov decide untuk benarkan rentas daerah. Aku fikir dia naik motor ke kedai, aku datangla kedai boleh balik sama2 satu kereta. Motor tinggal je kedai. Boleh pakai nak COD order customer (baik kan pemikiran aku masa ni, hehe). Malangnya, nampak sungguh air muka suami aku yang dia x ingin aku kt kedai masa tu. Bayangkan aku sampai almost 7pm, 7.30pm dia halau aku. Dengan langkah berat, aku pon keluar...masa tu dia tanya "ada apa-apa ke nak cakap?" being so naive aku tak syak apa2 aku just geleng, salam dia, suh anak2 salam pak depan. and melangkah keluar. ingat lagi kata2 dia pada anak2 'balik dulu, nanti jumpa abah kat rumah" end up dia x balik jugak malam tu. :(

Sejak tu aku sangat triggered untuk check sana sini. aku jadi insecure gila. aku bukan tak boleh hidup tanpa dia. just, aku puzzle kenapa aku nak disimpan tapi sibuk bercinta dengan perempuan lain ??!

Kalau aku show korang content chat diorang. Geli geleman rasanya. Yela, bukan mahram kot. Si R kalau tak dengar suara suami aku sehari tak boleh lena tidoq kot. Mesti nak pesan, 'u voicenote i ye nanti before bed' or 'u nanti call i jap ye, tak dengar lagi suara u harini'.

Banyak sangat yang happened between them sampai la satu masa aku selamat dilepaskan oleh suami dengan talak 2. Alhamdulillah. Syukran.

AKU, DIA DAN ORANG KE 3

Lama tak ngupdate blog.

Disini aku nak share krisis yang aku hadapi yang aku rasa aku tak boleh go on dengan life yang macam ni.

12/07/2021 akan menjadikan usia perkahwinan aku dan si dia adalah yang ke-10 tahun. Tempoh yang aku rasa cukup lama untuk aku kenal pasangan aku.

Dalam 10 tahun ini memang banyak kecurangan si dia yang aku pendam. Aku usir perempuan2 yang cuba hadir dalam kehidupan kami.

Tapi perkenalan si dia dan org ke tiga pada tahun 2021 ini yang paling mencabar aku nak hadap !

Segalanya bermula apabila si dia (suami) buat flyer untuk naikkan jualan nasi bajet yang diusahakan. Tup tup kenal dengan seorang perempuan, berstatus janda tanpa anak, berumur 42 tahun.

Perkenalan yang pada mulanya kerana salah proses order (padahal customer yang nanti aku label sebagai R ni tak bagitahu in details pon die nak order die tu cemana). Demi menjaga imej kedai husband aku ni pon cuba melayan karenah die sebaik mungkin.

11/2/2021. Tarikh keramat. Hari yang sama mereka mula chat. Sebagai customer je asalnya. Entah bagaimana, malam tesebut husband aku accident langgar anjing. Maka, cuti lah kedai nasi bajet untuk beberapa hari. Dalam masa cuti tu mulalah chat yang sudah lebih dari pelanggan pada asalnya.

Sebagai isteri yang tak ingin sekat kebebasan suami untuk BERKAWAN. aku pada mulanya tak syak apa-apa. dan hari berlalu tanpa aku menegur suamiku. tapi perubahan layanannya kepada aku dan anak-anak aku mula rasakan...

Dan dalam diam (aku pilih untuk terus diam walaupun aku tahu apa yang sang suami lakukan dibelakang aku sebab tak nak gaduh depan anak-anak) aku dapat tahu sang suami pernah dijemput ke rumah si R, makan dan minum air tangan R. Mereka sempat melakukan 'warm up' tapi tak sampai ke ranjang. Kalau sampai pun meraka berdua dan Allah je yang tahu kan ??? Sang suami kerap keluar berdua duaan dengan Si R untuk urusan2 peribadi macam teman makan, teman shopping, teman massage. yang pada aku selama 10 tahun die menJANDA boleh buat semua tu sendiri kenapa bila kenal sang suami nak heret untuk temankan buat semua tu. Aku pernah bertindak mesej perempuan tu dengan makian perempuan murah, pelacur, perempuan sundal and etc. Tapi end up Si R ni block aku. Aku sampai satu tahap merendahkan posisi aku sebagai seorang isteri yang sah. Minta maaf, merayu pada Si R agar tak ganggu sang suami. Malangnya. :( nama pun perempuan murah kan.